Minggu, 03 Januari 2010

Motivasi

MOTIVASI

Motivasi ialah suatu proses untuk menggalakkan sesuatu tingkah laku supaya dapat mencapai matlumat-matlumat yang tertentu. Konsep motivasi memang susah difahami kerana kesannya tidak dapat diketahui secara langsung. Seseorang guru terpaksa melibatkan proses pelbagai motif kelakuan seseorang yang diukur dari segi perubahan, keinginan, keperluan dan matlamatnya.

Motivasi masih sukar diukur akan kelakuan guru kerana tingkah laku seseorang guru itu tidak hanya disebabkan oleh sesuatu motif atau desakan sahaja, tetapi ada faktor-faktor lain yang mendatang secara tiba-tiba, seperti cemburu atau iri hati kepada guru-guru lain yang membuatkan seseorang itu terdorong untuk berbuat sesuatu.

Teori-teori motivasi dapat dibahagi kepada tiga kategori, iaitu:

  • Teori isian (kepuasan hati)
  • Teori proses
  • Teori pengukuhan (Teori penyokongan)

Tiga teori, iaitu teori persamaan, teori jangkaan, dan teori pembentukan matlamat termasuk dalam teori proses.

Secara keseluruhannya, teori ini menjelaskan sebab-sebab seorang individu memilih sesuatu kelakuan. Dua teori proses yang sering diperkatakan ialah:

  • Teori pengharapan (Teori jangkaan); dan
  • Teori ekuiti.

Teori pembentukan matlamat

Teori pembentukan matlamat (Goal-setting theory) merujuk kepada pengesahan terhadap sesuatu matlamat. Setiap orang mempunyai matlamat dalam hidupnya. Matlamat merupakan sumber motivasi yang penting. Teori ini memberi kejelasan matlamat dengan lebih khusus yang digariskan oleh pihak pentadbir dan pembentukan matlamat oleh individu itu sendiri.

Contohnya, seorang pengetua membentuk matlamat untuk mencapai prestasi sebanyak 2% dalam peperiksaan PMR. Matlamat yang perlu dicapai oleh guru-guru adalah jelas dan dirasakan logik untuk dicapai. Contoh lain, Cikgu Rahmad akan mengajar lebih tekun supaya akhirnya, dia diberi anugerah “Guru Cemerlang” dan diberi kenaikan pangkat menjadi Ketua Bidang, Guru Hal Ehwal Murid, dan sebagainya oleh pengetua.

Persoalan yang timbul ialah :

  • Apakah perlu seseorang guru itu menetapkan matlamatnya.
  • Adakah cukupnya sekadar bekerjasama dengan pihak atasan (pengetua) untuk menetapkan matlamatnya.

Dalam beberapa kes, penetapan matlamat secara penyertaan bersama menghasilkan pencapaian yang baik. Dalam beberapa kes yang lain, seseorang guru hanya akan menunjukkan prestasi yang baik apabila matlamatnya ditetapkan oleh pengetua mereka.

Teori jangkaan

Teori jangkaan menumpukan pemilihan kelakuan yang akan membawa kepada ganjaran atau upah yang hendak dicita-citakan. Dalam teori ini, individu-individu akan menilai strategi-strategi tertentu seperti bekerja keras dan berusaha lebih dan akan memilih kelakuan yang diharapkan mendapat ganjaran seperti kenaikan gaji atau penghargaan yang bernilai bagi individu itu.

Contohnya, apabila seseorang guru yang bekerja kuat akan mendapat gaji yang lebih (melalui SSB menegak), maka teori ini meramalkan bahawa guru itu akan bekerja keras untuk mendapatkannya (kelakuan yang bermotivasi). Sekiranya individu itu merasakan keputusan atau hasil tindakan itu penting bagi dirinya, maka kebarangkalian untuk mencapai hasil atau keputusan tersebut adalah tinggi. Sekiranya pencapaian disusuli pula dengan ganjaran atau penghargaan, maka individu itu akan lebih berusaha untuk mencapai keputusan tersebut.

Prestasi = f(keupayaan x motivasi)

Dalam keadaan yang lain, apabila peranan seseorang itu berubah, maka jangkaan daripada orang ramai terhadap orang itu juga akan berubah. Begitu juga dengan jangkaan daripada orang itu sendiri.

Dulu si Ahmad seorang guru siswazah, sekarang menyandang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Maka perubahan peranan ini menimbulkan perubahan dari segi jangkaan si Ahmad sendiri sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid terhadap guru-guru lain, orang ramai dan pelajar- pelajar di sekolahnya.

Teori persamaan

Teori persamaan disebut juga sebagai “teori ekuiti”. Seseorang guru itu akan membuat perbandingan di antara input-output kerjanya dengan input-output rakan sekerjanya. Sekiranya seseorang itu menganggap ketidakseimbangan atau ketidakadilan wujud di antara ganjaran atau penghargaan dengan usaha yang dilakukan, maka guru itu akan cuba mengurangkan usahanya.

Antara input kerja yang terlibat ialah usaha, kemahiran, pelajaran dan prestasi yang dibawa ke dalam kerja. Hasil atau keputusan usaha meliputi aspek gaji, kenaikan pangkat, penghargaan, pencapaian, dan darjat.

Antara cara yang dilakukan untuk mencapai keseimbangan atau ketidakseimbangan itu, ialah:

  • Sekiranya seseorang itu mendapati dirinya tidak menerima ganjaran yang seimbang dengan tugas yang dilakukan, maka individu itu akan cuba :
    • meminta perubahan gaji
    • meminta elaun sara hidup
    • kadar bayaran yang lebih
  • Cara yang negatif pula ialah:
    • Dia akan mengurangkan daya pengeluaran. Sebelum penilaian, guru tersebut rajin membuat alat bantu mengajar, tetapi kini tidak lagi. Jadi penilaian yang dibuat telah menurunkan prestasi seseorang.
    • menambahkan masa rehat: Sebelum ini, selalu pulang lewat ke rumah, sekarang pulang lebih awal. Mungkin juga pada waktu tidak mengajar digunakan untuk membaca surat khabar dan tidak menyemak buku latihan pelajar.
    • Mengubah input-output supaya orang lain turut mengubah input-output mereka. Rakan–rakan guru tadi akan dipujuk dan dipengaruhi untuk mengikut cara yang dilakukannya. Pelbagai alasan yang diberi bagi menghasut orang lain menuruti caranya. Contohnya,
      • kerja rajin, bukan dapat beras;
      • buat kerja tambahan, gaji banyak itu juga;
      • lebih baik mengajar di kelas tuisyen daripada kelas tambahan di sekolah;
      • mencari dan memilih rujukan perbandingan yang lain bagi mendapat persamaan.
Sebelum ini guru A membandingkan dirinya dengan guru B kerana mereka keluar dari universiti yang sama, umur lebih kurang sama dan dari daerah yang sama. Apabila Guru B dinaikkan pangkat atau dianugerah prestasi melintang atau menegak, guru A akan mencari guru lain sebagai model bandingan.
  • Meninggalkan bidang tersebut, agar ia tidak berasa tidak seimbang lagi. Kemungkinan guru akan minta bertukar sekolah atau terus berhenti. Pada satu masa, semua guru boleh bersara pada umur 40 tahun. Tetapi kemudian sekatan dilakukan , guru-guru tidak dibenarkan bersara awal kerana bilangan yang ingin bersara terlampau tinggi, sedangkan untuk mencari pengganti cukup sukar dan mengambil masa yang lama.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar